pada mulanya blog ini dihasilkan untuk perniagaan on9 ss..tp disebabkan kesibukkan bekerja...ss terkejar2 k pejabat pos untuk pos barang...maka ss mengambil keputusan untuk brhenti on9 sale...

blog ini ss jadikan sebagai blog diri ss ja...tempat ss meluahkan segala isi hati ss dikala dilanda masalah...ss tdak brniat untuk mengata,mengeji apatah lg mengumpat sesiapa...ia hanya sekadar tempat luahan perasaan...

ss sbenarnya dhgakan ksih syang seorang ibu..tempat untuk meluahkan perasaan..tetapi allah lbih syangkan arwah...al- fatihah untuk ibu...ss memohon ampun dan maaf seandainya ada mengguris perasaan insan yng mengenali dri ss slama ini...

SEMPOI FRIENDS

siakap sweet n sour

salam ukhwah untuk semua.
malam ni cik suami ss kerja..baru pukul 9 tadi kuar kerja.bila balik ss x tau la.maybe pagi esok kot. boleh la ss lyan fb n berblogger mlm ni.he..he..

sebenarnya ss takut jgak klau kna tinggal ngan suami..tido pn x lena,pejam celik,pejam celik je mata ss.he.he.lampu pn ss x tutup..he..he..

cuti mnggu lepas ss n cik suami stay kt bertam ,penang ja.(rumah kitaorang).ss x balik kg pn.hari sabtu cik suami bawa ss pergi pasar malam dekat kepala batas..jalan punya jalan cik suami cakap "kita beli ikan siap2 la baby untuk masak esok" ss jawab "boleh abng.abang nak makan apa esok?"

setelah rundingan dibuat dan kata sepakat dicapai..maka kami pn beli lah ikan siakap untuk buat sweet sour atas permintaan cik suami..ss suruh si penjual ikan siang siap2 ikan 2 coz ss malas nak siang dekat rumah.nanti habis sisik naik atas kepala ss.

ss nak share resepi sikap sweet n sour.resepi ni dah lama ss ambik n dah banyak kali ss buat.ss ubah2 ikut citarasa ss.he..he..

sumber by: my resipi

bahan2 (3-4 orang makan)

*1 ekor ikan siakap (dilumur garam n kunyit)
*3 biji bawang merah (dimayang)
*1 ulas bawang putih (dimayang)
*1 inc halia (dipotong panjang2)
*1 biji tomato dipotong dadu
*1/2 biji capsicum di potong dadu (ss gantikan cili merah ja)
*1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
*2 sudu besar sos tomato
*2 sudu besar sos cili
*sayur campur (ikut citarasa nk banyak mana )
*nenas (dipotong dadu,ss x masukkan pn)
*sedikit garam dan gula secukup rasa

cara-cara

*ikan yang dilumur tadi digoreng sehingga garing.ketepikan.
*tumis bawang merah,putih dan halia (bawang besar sekali)
*masukkan sos cili dan sos tomato.kacau.masukkan tomato,sayur campur dan sayuran lain.masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
*biar mendidih.masukkan garam dan gula .angkat dan tuang atas ikan yang digoreng sebentar tadi.

ni hasil dari ss




          

selamat hari lahir ke 26 (buat cik suami tercinta)

salam sejahtera semua.....bnyak minggu dah ss x update blog ss..x sempat lor.dengan perasaan x da moodnya ss update blog ss ni..hajat dah lama nak update tapi asyik tertangguh je.

ahhaa....10/11/11 merupakan tarikh keramat bg cik suami ss...tarikh apa???.apa lg birthday dia la.selamat tua untuk suami ss no..he..he..

ss doakan suami ss panjang umur,dimurahkan rezeki sentiasa oleh allah s.w.t..moga2 suami ss sentiasa jadi orang pemurah,penyabar, 2 yang suka ngan cik suami ss ni..dh la baik,penyabar,x kedekut plak 2..jarang la permintaan ss ditolak (maklum la baby x da lg,ss la baby dia..he..he..perasan) amin....(bodek ni..ha..ha..)

ss x da la celebrate birthaday suami ss ni besar-besaran..just beli kek secret recipe sebiji je...jadila...ss celebrate kt umah mertua...(fulus x da..he..he)

ss pn x da la bg hadiah grand2 dekat cik suami..hadiah biasa2 ja..janji ss ikhlas kan..he..he..(tapi birthday ss kna bg yang grand tau he..he..)

tunggu.......dlam blan nov ni ada lg tarikh keramat..jeng..jeng.....he..he..
k la, ckup la ss dok merapu ..wassalam...







khasiat epo (evening primrose oil )

hari ni ss ada satu benda nak share ngan korang semua...before berkahwin.sebiji jerawat pn susah nak tumbuh kt muka ss  ni...lpas kawin jerawat membiak dengan begitu cepat sekali..mcam cendawan tumbuh lepas hujan..

ss dah mula susah ati...dengan badan ss naik lg..muka berjerawat lg....bdan naik ss ok lg..tp bab2 muka ni....ss x blh duduk..kna cri ikhtiar....

kawan ss kt diamond interest ni pn suggest la kt ss sruh try mkan epo....dah nk mkan msti kna tau khasiat dia kn...ss pn geledah la mana2 blog..ni la sumber yang ss perolehi....jeng...jeng.....


Sumber dari : Pharmacist & Medical Doctor Online.... Ruangan Sembang2 Medical Minyak EPO 1000mg berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan;
  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid- panas badan, perpeluhan, sejuk, kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
ni antara testimoni yang ss dapat:-
dari blog http://amandaeltiqaz.blogspot.com/
mak saya (nurse) kata, doktor yang dia assist masa klinik breast cancer pun slalu suggest pada patient dia supaya beli EPO. Jadi saya pun cubaaa.....

After few months, my period dah normal berbanding bertahun2 yang tak normal. Migrain pun dah kurang, dan alergic kulit pun dah kurang (klau tak,klau kena sabun basuh pinggan atau sabun basuh baju tu pun, kulit mengelupas teruk..huhu). Suka




Zuriati Ismail said...







hye , sy pn nak share lah sy punya pngalaman ..sy berumur 20 tahun dan sy mengalami sakit pada payudara .. sy mula m'dpt pnyakit tu msa sy berumur 16 tahun ..msa umur sy 18 tahun sakit tu makin serius .. lpas pergi buat treatment , doctor tu suggest kan kta EPO neh dan alhmdulillah smua dh back to normal.. EPO neh jgak baik utk kulit .. sehingga skrng sy still ambil pil EPO neh.

shasha said...
sy mmg makan EPO sejak dari mula datang haid hingga sekarang..dan sekarang umur saya 30 tahun..mmg bagus sgt EPO ni..dan sy selalu cadangkan pada kawan2 yg bertanya ttg rahsia awet muda sy..hehehe...mmg EPO elok tuk wanita..tahniah bagi yg telah mencuba..yg masih belum mencuba..kena cuba sebelum terlambat... 

ni pulak testimoni dari tuan punya blog http://nasnizal.blogspot.com/

~Buat eksperimen pada diri sendiri, setelah sebulan makan EPO ni, kesannya saya telah saya rasai. Alhamdulillah dengan izin Allah saya gembira kerana EPO ni membantu saya mengawal emosi berhadapan dengan pelbagai tekanan sekeliling dalam kehidupan seharian. Kesan berikutnya saya perasan keguguran rambut mula berkurangan. Begitu juga kelemumur yang kini semakin kurang.


So kepada semua pembaca wanita terutama yang menghadapi masalah2 perempuan ni, anda amatlah digalakkan memakan EPO untuk kesejahteraan diri dan keluarga anda insyaAllah... pelbagai produk ada kat pasaran namun rakan-rakan semua digalakkan untuk membeli produk halal yang terjamin kualiti kebersihan dan penghasilannya ok

ss pulak hari ni hari first ss makan..ss nak amalkan buat makanan tambahan..ss harap ok la produk ni....ni gambar dia...he..he...

ss beli rm105.00 1 set (ada 2 kotak)
1 kotak ada120 biji capsul (1000mg)






nasi ayam madu

hari ni curi masa jap update blog..he..he..sya nak share menu nasi ayam madu..dah lama wat tp x update pn..he.he....taraaaa..............

menu ni untuk 2 orang makan tau...
sumber : my resipi

Bahan-bahan 

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun 

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
ni lah hasil x seberapa dari sya....he..he..