pada mulanya blog ini dihasilkan untuk perniagaan on9 ss..tp disebabkan kesibukkan bekerja...ss terkejar2 k pejabat pos untuk pos barang...maka ss mengambil keputusan untuk brhenti on9 sale...

blog ini ss jadikan sebagai blog diri ss ja...tempat ss meluahkan segala isi hati ss dikala dilanda masalah...ss tdak brniat untuk mengata,mengeji apatah lg mengumpat sesiapa...ia hanya sekadar tempat luahan perasaan...

ss sbenarnya dhgakan ksih syang seorang ibu..tempat untuk meluahkan perasaan..tetapi allah lbih syangkan arwah...al- fatihah untuk ibu...ss memohon ampun dan maaf seandainya ada mengguris perasaan insan yng mengenali dri ss slama ini...

SEMPOI FRIENDS

kesedihan hatiku

x da semangat aku nk taip walaupn pda hakikat jika aku luahkan berjela pnjangnya entry kali ni....hati aku dilukakan lg oleh insan2 yang x pernah mengerti apa yng aku rasa,yang diorang tahu cma mengutuk aku yng masih belum ada rezeki untuk mempunyai cahaya mata..berdosakah aku jika tidak bergelar seorang ibu???????????hanya air mata menemani hari2 sepiku...hanya encik suami x putus2 memberikan semangat..terima kasih sayang.....








Apa Itu HSG? (usaha untuk hamil)

Salam sejahtera semua..setelah sekian lama rawatan hospital aku tertangguh disebabkan jadual untuk rawatan HSG penuh..setelah 4 bulan menunggu..akhirnya ada juga kekosongan untuk aku menjalani rawatan HSG.

untuk pengetahuan korang period aku miss pada bulan oktober..so..kitaran aku tersangat la lama..period aku pada 3/11/2012.jatuh pada hari sabtu,so sabtu n ahad cuti umum.hari isnin aku terus call hospital untuk ambil tarikh temujanji.alhamdulillah..akhirnya aku dapat tarikh temujanji pada hari isnin (12/11/2012) untuk rawatan HSG.

berdebar2 gila aku.macam2 aku dengar tentang HSG.so aku pn cari la serba sedikit tentang HSG.antara info2 yang aku dapat dari sumber :-
 http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil6/103-hysterosalpingografi-hsg.html

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

 Komplikasi HSG

Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
  • Pendarahan faraj
  • Luka pada serviks
  • Pengsan
  • Jangkitan kuman pada rahim
  • Alahan terhadap dye
  • Keputusan
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG

Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.