untuk pengetahuan korang period aku miss pada bulan oktober..so..kitaran aku tersangat la lama..period aku pada 3/11/2012.jatuh pada hari sabtu,so sabtu n ahad cuti umum.hari isnin aku terus call hospital untuk ambil tarikh temujanji.alhamdulillah..akhirnya aku dapat tarikh temujanji pada hari isnin (12/11/2012) untuk rawatan HSG.
berdebar2 gila aku.macam2 aku dengar tentang HSG.so aku pn cari la serba sedikit tentang HSG.antara info2 yang aku dapat dari sumber :-
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil6/103-hysterosalpingografi-hsg.html
Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.
Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvisHSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.Prosedur HSG
- Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
- Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
- Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
- Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
- Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
- Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
- Pendarahan faraj
- Luka pada serviks
- Pengsan
- Jangkitan kuman pada rahim
- Alahan terhadap dye
- Keputusan
Selepas HSG
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.
No comments:
Post a Comment