salam semua...x sempat nk pegi spa.boleh je nak cantik walaupun dekat rumah.he..he..sumber ni ss ambik dari tuan punya blog http://wanitasihat.com/rawatan-kecantikan-di-rumah/. moga2 kawan2 semua dapat manfaatnya.
Kita dikelilingi oleh makanan yang lazat lagi berkhasiat yang mampu memanjakan dan membuat kulit kita berseri. Maka, setiap kali anda bertemu salah satu makanan di bawah, ingatlah untuk mengambil manfaat dan kelebihan darinya agar kulit anda kelihatan licin, lembut, cantik dan berseri.
BadamMinyak Badam (Almond)
Minyak badam baik untuk mengatasi kekeringan kulit dan untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat lama. Kisar 3-5 biji badam bersama air dan sapunya ke wajah anda setiap hari.
Pisang
Hancurkan pisang dan campur bersama susu dan kemudian sapukannya pada wajah anda. Cuci wajah anda selepas 20 minit. Ia akan membuatkan kulit anda halus dan anjal.
Timun
Sapukan jus timun atau hirisan timun atau jus timun yang dicampur dengan jus karot, daun salad atau alfalfa ke wajah anda untuk membuang sel-sel kulit yang mati.
Putih telur
Campurkan putih telur dan madu dengan baik dan terapkannya ke wajah anda. Ia akan membuat kulit anda halus dan membantu mengurangkan kedutan.
Madu
Sapukan 1 sudu teh madu dicampur dengan air untuk semua kesan tompokan pada kulit. Ini akan menjadikan kulit anda bersinar. Guna madu yang dicampur dengan susu, yogurt dan biji bijan yang dikisar dalam nisbah yang sama untuk kulit yang cerah dan cantik.
Jus limau
Jus Limau adalah peluntur semulajadi. Terapkan serbuk kunyit yang dicampur bersama dengan air limau nipis untuk menghilangkan kesan kulit terbakar. Guna air limau nipis segar dicampur dengan segelas susu panas untuk mencuci wajah dari tompok hitam (blackheads) dan kulit yang merekah.
Oatmeal
Campur oatmeal bersama-sama dengan dadih atau yogurt dan jus tomato dan sapukannya pada wajah. Biarkannya selama 20 minit dan kemudian cuci dengan air sejuk. Ini membantu untuk menghapuskan kesan kulit terbakar dan mencerahkan kulit.
Betik
Sapu dan minum jus betik mentah termasuk kulit dan biji untuk rawatan pembengkakan jerawat, jerawat, atau pertumbuhan yang tidak normal pada kulit. Ini juga menghilangkan tompok putih (whiteheads) dan bisul pada kulit. Gosok betik mentah atau yang sudah masak ke wajah anda untuk mendapatkan kulit halus dan bersinar.
Kentang
Terapkan kentang parut sebagai mask untuk mengubati tompok pada kulit, kedutan dan bisul.
Lobak
Buat paste dari biji lobak tanah dengan air dan sapukannya pada wajah untuk menghilangkan tompok hitam (blackheads). Guna parutan lobak putih atau jus untuk kulit yang lebih cerah.
Kunyit
Campurkan serbuk kunyit dengan susu dan terapkannya pada wajah. Ia menghilangkan warna perang atau kulit terbakar dan membantu mengurangkan rerambut pada wajah. Kemudia gunakan skrub wajah dan kemudian cuci dengan air sejuk. Sapukan campuran serbuk kunyit dengan jus nanas untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Tepung gandum
Sapukan adunan tepung gandum dengan cuka untuk menghilangkan bintik hitam di muka.
selamat mencuba ya..he..he..wassalam..
pada mulanya blog ini dihasilkan untuk perniagaan on9 ss..tp disebabkan kesibukkan bekerja...ss terkejar2 k pejabat pos untuk pos barang...maka ss mengambil keputusan untuk brhenti on9 sale...
blog ini ss jadikan sebagai blog diri ss ja...tempat ss meluahkan segala isi hati ss dikala dilanda masalah...ss tdak brniat untuk mengata,mengeji apatah lg mengumpat sesiapa...ia hanya sekadar tempat luahan perasaan...
ss sbenarnya dhgakan ksih syang seorang ibu..tempat untuk meluahkan perasaan..tetapi allah lbih syangkan arwah...al- fatihah untuk ibu...ss memohon ampun dan maaf seandainya ada mengguris perasaan insan yng mengenali dri ss slama ini...
SEMPOI FRIENDS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment