pada mulanya blog ini dihasilkan untuk perniagaan on9 ss..tp disebabkan kesibukkan bekerja...ss terkejar2 k pejabat pos untuk pos barang...maka ss mengambil keputusan untuk brhenti on9 sale...

blog ini ss jadikan sebagai blog diri ss ja...tempat ss meluahkan segala isi hati ss dikala dilanda masalah...ss tdak brniat untuk mengata,mengeji apatah lg mengumpat sesiapa...ia hanya sekadar tempat luahan perasaan...

ss sbenarnya dhgakan ksih syang seorang ibu..tempat untuk meluahkan perasaan..tetapi allah lbih syangkan arwah...al- fatihah untuk ibu...ss memohon ampun dan maaf seandainya ada mengguris perasaan insan yng mengenali dri ss slama ini...

SEMPOI FRIENDS

kulit dan masalah jerawat (jenis-jenis kulit)

salam penuh keikhlasan untuk semua..ss x nak cakap banyak la kali ni,ss just nak share tentang kulit dan masalah jerawat yang ss dapat dari 1 majalah yang ss beli.

sumber: variasi asas solekan (amy janz & lily haslina nasir) keluaran alaf 21

jenis-jenis kulit:-

kulit normal:-
kulit akan terbakar apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terik.warnanya akan berubah gelab iaitu tans.rona kulit lazimnya cerah ke kuning langsat.pori-pori kulit agak besar pada bahgian zon t.pipi akan bersa sedikit tegang selepas mebersih kulit.malah bahagian pipi mudah kering.

cara penjagaan:-
pemakanan yang seimbang.penjagaan wajah yang sempurna dan tidur yang mencukupi membantu kulit jenis normal bertambah sihat.penggunaan pencuci wajah ,penyegar dan pelembab yang mengandungi spf akan membantu mengendalikan seri kulit.

kulit berminyak:-
warna kulit mudah berubah gelap apabila terkena sinran matahari yang terik.warna kuli lazimnya sawo matang ke rona gelap.kulit berminyak selalu mengalami masalah seperti blackheads,whiteheads, dan jerawat.kulit juga mudah nampak berkilat,sejam selepas mencuci muka.bahagian dahi dan hidung,iaitu zon t sering berkilat-kilat akibat minyak yang timbul.apabila wajah disentuh dengan jari,anda berasa melekit-lekit .kalau bersolek ia tidak kekal lama serta wajah tampak bertompok-tompok dan berbelak.kulit amat sensetif.kadangkala mudah mendapat kesan kemerahan seperti kesan gigitan nyamuk.

cara penjagaan:-
elakkan daripada mengambil makanan berminyak.berempah,pedas,kafein atau hidangan laut secara berlebihan.pemakanan begini hanya meningkatkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit.

gunakan pencuci muka yang bebas 2 kali seminggu.jangan sental kulit wajah terlalu kasar kerana akan menghilangkan lembapan semula jadi kulit.gunakan penyegar yang sesuai.pilih pelembab yang berumusan noncomedogenic untuk mengelakkan pori wajah daripada tersumbat.selain itu anda boleh menggunakan pelembab yang tertera nonacnegnatic kerana ia tidak menimbulkan masalah jerawat.

melakukan scrub juga adalah 1 amalan yang membantu mencegah jerawat daripada timbul.gunakan scrub yang berasaskan tumbuh-tumbuhan atau sumber alam yang mengurangkan risiko masalah kulit.alat solek yang berasaskan krim atau gel harus dielakkan agar ia tidak menambah masalah kulit wajah.

kulit kering:-
lazimnya kulit mudah terbakar dan mengelupas apabila terdedah kepada cahaya terik matahari.jikalau berada di tempat bermusim sejuk,kulit mudah merengsa dan berasa tidak selesa.bahagian dahi dan pipi mudah terasa tegang dan perit.kulit jenis ini selalunya berona cerah.

penjagaan:-
sebelum bersolek pasttikan kulit disapu dengan sedikit pelembab.jika menggunakan bedak asas pastikan ia tidak dirumus daripada gel atau sabun kerana akan membuatkan kulit bertambah kering.sebaliknya gunalah pencuci muka berasaskan losyen dan susu yang memberikan kelembapan berpanjangan.untuk krim pelembab,pastikan ia mampu memberi perapian yang lebih terutama pada waktu malam.namun harus berhati-hati agar krim pelembab ini tidak menimbulkan masalah pori tersumbat sehingga menimbulkan jerawat.

kulit sensetif:-
kulit mudah bertindak balas pada cahaya terik matahari.mereka yang berkulit cerah selalunya mudah mengalami kulit sensetif.kulit akan menjadi merah terbakar atau merengsa apabila tersalah memilih alat solek atau bahan pencuci wajah.kulit bersifat kering, agak tipis dan mudah dihinggapi jerawat.

cara penjagaan:-
elakkan memilih pencuci muka atau alat solek yang mengandungi pewangi (fragrance) ,asid buah, pati tumbuh-tumbuhan yang merangsangkan kelembapan wajah dan enzim yang mengakibatkan pengelupasan kulit.jauhi segala pencuci wajah berbentuk gel dan sabun muka yang mengeringkan.bahan jagaan kulit muka yang mengandungi (chamomile) dan jojoba mampu memberi kelegaan pada kulit wajah.kulit wajah sensetif memerlukan bahan2  semula jadi bagi mengatasi masalah alergik atau kulit merengsa.

kulit matang:-
pada peringkat usia yang matang,kulit mudah menjadi terbakar.ada ketikanya kulit mengalami alergik dan memberi reaksi negatif pada beberapa bahan perawatan wajah atau alat solek yang selama ini tidak memberi masalah.kulit mudah menjadi kemerah-merahan dang merengsa.jerawat mudah timbul dan garis ketuaan terbentuk pada sekeliling mata,mulut dan dahi.kulit wajah juga tampak kusam dan amat kering.

cara penjagaan:-
rawat kulit secara lembut.kulit yang matang mudah tercedera dan agak sensitif.kulit juga mula kehilangan kelembapan semula jadi dan mudah kering.rawatan wajah yang konsisten dan pemilihan bahan jagaan wajah yang sesuai amat penting.sesekali kulit harus dipupur dan disental  agar sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan .ini memudahkan pelembab wajah yang disapu menyerap ke kulit wajah.

No comments:

Post a Comment