pada mulanya blog ini dihasilkan untuk perniagaan on9 ss..tp disebabkan kesibukkan bekerja...ss terkejar2 k pejabat pos untuk pos barang...maka ss mengambil keputusan untuk brhenti on9 sale...

blog ini ss jadikan sebagai blog diri ss ja...tempat ss meluahkan segala isi hati ss dikala dilanda masalah...ss tdak brniat untuk mengata,mengeji apatah lg mengumpat sesiapa...ia hanya sekadar tempat luahan perasaan...

ss sbenarnya dhgakan ksih syang seorang ibu..tempat untuk meluahkan perasaan..tetapi allah lbih syangkan arwah...al- fatihah untuk ibu...ss memohon ampun dan maaf seandainya ada mengguris perasaan insan yng mengenali dri ss slama ini...

SEMPOI FRIENDS

Cuti-Cuti Malaysia Di Terengganu

salam semua..dh bnyak hari aku x update blog kn????? he..he..sibuk beraya..sbuk dengan korban..kawan2 ...kali ni aku beraya di ganu..aku bertolak pada raya k2.aku pegi sana coz adik aku x blik beraya di kg..so..ayah aku rindu la cangat2 dkat anak dia..he..he..

ONDWAY KE GANU


aku pegi 3 hari 2 malam..aku bertolak raya k2 n sampai dh malam..aku tido di rumah sewa adik aku aja coz semua kwan2 dia balik beraya..esoknya.destinasi pertama kami di pasar payang..aku x beli apa pn dkat sini just baju 4 pasang untuk anak buah aku yang cute2 belaka..

DEPAN RUMAH SEWA ADIK AKU

CIK SUAMI

PASAR PAYANG

lpas ke pasar payang aku pegi pla k masjid kristal..cantik masjidnya..aku lpak dkat c2 ja..coz aku dah lenguh berjalan..antara gambar2 aku di masjid kristal.




CIK FARHANA N AYAH



lpas ke masjid kristal kmi cri tempat untuk check in..kami k pantai batu buruk..aku check in di SERI INDAH RESORT sebelah ja dengan pantai batu buruk.smpai ja dekat blik terus rebahkan badan..fuhh..lega rasanya..lawa gak resort 2..aku ambik blik rm139.00 + sarapan pagi lagi 2 orang rm 160.00..deposit rm 200.00.lbih diorang kasi balik..







lepas rehat2di resort kami kuar jalan2 dekat pantai batu buruk..aku,suami n farhana naik kereta kuda..ayah aku x mau naik coz dia ksian dkat kuda.berat katanya..he..he..he..rm5.00,lpas naik kereta kuda.aku n cik suami naik ATV .memang terbaik..,habis merah tangan aku..he..he..rm 25.00 seorang..








lpas 2 aku trus balik resort..makan2..n tido..esoknya bangun sarapan n mandi di swimming pool dlu..

HA..HA...HA..AKU KT BELAKANG CIK SUAMI JA..COZ X PNDAI BERENANG...

lpas siap mandi aku gerak hantar adik aku..ondway hntar dia,singgah makan di teluk ketapang..lpas hntar kitaorang grak balik k kedah..sempat singgah di bukit bunga..dlam pkul 10 malam kitaorang smpai rumah..APA2 PN TERIMA KASIH CIK SUAMI TUNAIKAN JANJI BAWAK SAYA PEGI JALAN2..SYA SAYANG AWAK...



Hang out dengan cik suami la..la..la..

happy malam ni....cik suami ajak keluar..mula2 pgi bukit jambul..cari baju raya..x da yang berkenan di hati..pusing-pusing terus je balik..cik suami tanya. nak pegi mana lagi...x tau la plak nak ke mana..he..he..he..

ciksuami ajak ,jom gi up town bandar perda..aku orait ja..jlan2 pusing2...aku beli la kosmetik baru..he..he..eyeshadow..he..he...he..murah je..rm.......lpas 2 beli long skirt..semua cik suami la belanja..thanks dear..love u so much...

sampai di rumah sempat pula cik suami snap gmbar aku..come mlm ni ktanya..ahakksss...ayat bodek bla dh buat slah...time untuk aku ambik ksemptan...he..he..he..jhat x???????

sekian...wassalam....

CIK SITI

CIK SUAMI (KET)

EYE SHADOW AKU BELI HE..HE..

BUKA LAGI...JENG..JENG...

LONG SKIRT (KORANG ABAIKAN CAT UMAH AKU YANG BURUK 2....)

LUKA LARA JIWAKU INI

sedih..sedih yang teramat mengingatkan apa yang terjadi...mengaliR x henti2 air mataku..sesungguhnya aku terlalu kecewa...insan yang aku puja memperlakukan aku sedemikian rupa..haruskah aku menerima ungkapan maaf darinya sedangkan hatiku begitu terluka...YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN HIDUP INI..





Fahami sistem reproduksi anda

Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

Kitaran Haid
Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.

Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur.

Ovulasi



Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.

Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.

Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.


Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.


Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.

Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?



Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim. Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.

Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .

11 tips hamil

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.


1. Fahami bagaimana
kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana SISTEM REPRODUKSI anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.




2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Ayam Golek

bahan A

  • 1 ekor ayam
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 2 sudu makan beras kurma
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 sudu teh gula

bahan B (dikisar)

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia

cara membuat

  1. ayam dibersih dan dikeringkan
  2. masukkan semua bahan dalam kuali tidak lekat dan biarkan ayam kelihatan masak
  3. masukkan semua bahan dan masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  4. siap untuk dihidangkan.

tip

  • ayam boleh dimasukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200c selama 15 minit dan nampak garing.



Coleslaw

Bahan A (sayur-sayuran)

  • 1 biji kubis manis (saiz kecil)
  • 1 batang lobak merah


Bahan B (untuk sos)

  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu makan yogurt asli
  • 1 sudu makan jus lemon


Cara membuat

  1. hiris halus bahan syur-sayuran
  2. masukkan bahan sos ke dalam mangkuk
  3. gaulkan semua bahan dan sejukkan di dalam peti sejuk
  4. hidangkan dengan ayam goreng

Chicken Chop Lada Hitam

bahan A
  • 2 ketul paha ayam
  • 4 sudu makan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan minyak masak
bahan B (untuk sos lada hitam)
  • 1/2 labu bawang besar ( dipotong dadu )
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 cawan air rebusan tulang ayam
  • 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • garam dan sedikit gula
  • minyak bagi menumis
Cara membuat
  1. bersihkan dan buang tulang ayam daripada daging paha
  2. perap paha ayam dengan serbuk lada putih beberapa jam
  3. salutkan ayam dengan tepung serbaguna
  4. panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak
  5. susunkan semua bahan di dalam pinggan dan siramkan dengan sos lada hitam
Cara membuat sos lada hitam
  1. tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. masukkan air rebusan tulang.
  3. apabila sudah pekat,masukkan sos tomato,lada hitam,kicap dan bancuhan tepung jagung.
  4. kacau sehingga sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang dikehendaki.masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. hidangkan dengan chicken chop.

Masih lagi bercinta

salam...jam menunjukkan hampir pkul 4 pagi...ntah apa aku nak coretkan..................
sedar tak sedar hampir 6 tahun aku bersama cik suami tercinta..begitu pantas masa berlalu hinggakan x terasa..

4 tahun bercinta.....2 tahun berkahwin...namun kehangatan perhubungan masih terasa sperti dulu..tak ada apa yang berubah sangat...yang berubah hanyalah rutin harianku sebagai seorang isteri...

cik suami masih seperti dulu...suka memujuk..bawa jalan2..tempat dia paling suka bawa aku.....pegi pantai la..klau dekat sini kami selalu ke pntai dekat R&R bagan 2...bru je pegi hari mnggu yang lepas..he..he..k la..wassalam..dah ngantuk ni....

ntah apa2 aku ni...huwaa..huwaaa..huwaaa...

CIK SUAMI TERCINTA

CIK SITI LA.....

Hilangkan lingkaran hitam bawah mata

salam..sapa2 ada lingkaran hitam bawah mata..jom kita cuba tips ni untuk hilangkanya...
  • letakkan potongan timun yang telah disejukkan di kawasan kelopak mata kamu.kemudian gosok-gosokkan timun tersebut secara lembut.setelah 15 minit bilas dengan air.

  • bersihkan wajah kemudian letakkan ais batu mengikut ukuran mata yang telah dibungkus dengan kain nipis.kemudian gosok-gosokkanya dengan lembut.

  • jus labu hijau juga dapat mengurangkan lingkaran hitam di bawah kelopak mata.

  • gunakan sunscreen setiap hari untuk memberikan kelembapan secara alami.

  • usahakan agar kamu tidur lebih awal daripada biasanya dan pastikan tidur kamu mencukupi.

  • minum air putih yang banyak untuk mengatasi masalah kulit yang kering.

  • biasa-biasakan diri kamu untuk menyejukkan mata dengan air sejuk.

  • makan buah-buahan serta sayur-sayuran.kekurangan zat besi merupakan salah satu penyebab berlakunya noda hitam di bawah kelopak mata

sumber :- majalah remaja





Tutorial daftar churp-churp

Semua orang sudah tahu yang churp-churp boleh bagi kita duit poket. Kalau ada yang masih belum tahu churp-churp tu apa boleh tekan sini.

1. Mula-mula korang tekan sini
2. Korang masukkan emel dan password. Pastu klik Sign Up. Kalau diorang ada suruh korang masukkan word verification korang masukkan aje ok. Pastu klik Sign Up sekali lagi.



3. Kalau korang ada terima nota macam bawah ney itu bermakna korang sudah berjaya tapi korang perlu cek emel korang dulu untuk aktifkan akaun korang.

4. Pada emel korang klik link warna biru untuk aktifkan akaun korang.




5. Akaun telah aktif. Korang klik here pula.





6. Korang masukkan emel dan password korang, Pastu tekan Log in pula.


7. Masukkan Nama penuh, no kad pengenalan dan tarikh lahir korang





8. Korang masukkan username korang, tick bawah sekali dan tekan update.





9. Tekan I've read the brief --> Message Save --> I've Shared --> OKAY--> Continue --> Go to Dashboard




SIAP!!




Share iklan dalam Facebook


1. Klik SHARE NOW pada iklan yang korang nak share





2. Click to Copy dan paste pada status facebook korang.



Pandai-pandai lah korang nak promote pada kawan-kawan untuk klik link korang. Ingat satu klik RM0.20. Lagi banyak klik lagi banyak la korang boleh dapat.